This Is My Life..

This Is My Life..
Klau xknl diam,jgn ckp ape2 psal aku!

L0ve y0u f0rever!!

Hi,Hell0!


Ape ape p0n text2lah!

div style="position: fixed; bottom: 0px; left: 2px;">

Bubble p0p!

Friday, 16 November 2012

Hikayat Seorang Perempuan
Perempuan bukan dijadikan daripada atas kepala untuk disanjung dan dipuja
perempuan juga bukan dijadikan daripada alas kaki untuk dipijak-pijak sebagai alas kaki
tetapi perempuan dijadikan daripada tulang rusuk kiri lelaki
hampir dengan hati untuk disayangi
hampir dengan tangan untuk dilindungi
tulang rusuk kiri lelaki, bengkok sifatnya
menjadi tanggungjawab lelaki untuk meluruskannya
masakan batang yang bengkok mampu menghasilkan bayang yang lurus
akal perempuan senipis rambutnya
selalu mengikut perasaan tika berbicara

hati perempuan serapuh kaca
mudah tersentuh dengan kata-kata
nafsu perempuan setinggi gunung
hanya keimanan mampu menghalangnya
suara perempuan gemersik bak buluh perindu
hingga menusuk, membelai di kalbu
bicara perempuan sehalus sutera
takkan jemu tika mendengarnya
air mata perempuan mahal harganya
tanda kasih pada kekasihnya
kasih perempuan selembut salju
mampu membuat lelaki hilang arah tuju